Impian menjadi kenyataan. Now i can fly. hihi. Activiti KAMI BUDDIES kali ni adalah tandem paragliding. Yes!!! Dah setahun lebih bercita-cita nak terbang. Akhirnya hari ni terlaksana. Plan asal nak buat paragliding ni di Kuala Kubu Baru (KKB), tapi memandang waktu ni, angin di KKB kurang sesuai utk terbang, maka kami ke Jugra. Ok la tu dekat sikit dengan Shah Alam kan. Bukit Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Antara lokasi yang berhampiran ialah Pulau Carey, Banting dan Jenjarom. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Aktiviti kali ni disertai seramai 6 orang (aku, kak yati, aja, tirah, adik aja n cousin aja). Ikut plan asal ada lagi 3 org member. Tapi atas faktor kesihatan (pregnent) maka mereka kena tangguh kan dulu hasrat tersebut. Tunggu lepas beranak pulak yer baru terbang.
Nak cari Bukit Jugra ni senang ja. Ikut waze, google maps or GPS confirm sampai. Tak kan sesat lah. Perjalanan kami dari Shah Alam ke Bukit Jugra dalam 45 minit. Sampai di Bukit Jugra dalam 10.45 pagi. Masa sampai ni kebetulan ada program ape entah bersama KJ. Siap ada polis jaga traffic. So bila nak naik bukit tu kena minta kebenaran polis tu dulu. Kalau tak da program tu, memang tak da sapa jaga pon. KJ oh KJ. hihi.
|
Inilah landmark tempat di mana aktiviti paragliding |
Kitorang datang asalnya dengan 3 buah kereta. Tapi naik ke atas bukit tu car pool ja sebab parking di atas adalah terhad. So 6 org sumbat dlm MyVi. Muat je kan...Semua slim sajo.hihi. Untuk makluman, kat atas bukit ni tak da
toilet dan surau yer. So kalau ada yg nk melepas hajat tu better
selesaikan dulu sebelum naik atas. Jangan jadi mcm kitorang. Dah sampai atas nak buang hajat kena turun balik. Cari punya cari at las pegi kat tokong Cina yang kat bawah sekali. Untuk ke atas bukit ni bole drive ja.
Bukit ni tak tinggi sangat. Biasa saja kalau naik dgn kereta. Kalo
hiking maybe semput jugak kot.
Aktiviti paragliding ni bergantung kepada keadaan angin dan cuaca. Kena tunggu angin stabil baru boleh terbang. Waktu kami kat atas bukit tu dalam jam 10.30 pagi angin tak berapa nak stabil.So kena tunggu sekejap. Layan perasaan dulu lah kat atas tu.
|
Muara Sungai Langat terus ke Selat Melaka |
|
Angin tak de lagi kami posing dulu |
|
Solo ride. Ni pakar dah |
Sementara menunggu keaadaan angin stabil, pilot kitorang briefing sikit pasal equipment dan cara pakai. Eksited hoiii!!! tak sabar nya. Aku lupa pulak nama pilot tu. Dok slalu tanya kak hanim ja (wife pilot tu). Diorang ni husband and wife. Best kan. Berkongsi minat yang sama. Sebenarnya hari ni ada lagi group lain yang nak terbang. Total hampir 30 orang. ramai kan. Pilot ada dalam 6 org. jenuh la tunggu turn. Memang ikut naseb jugak la. Kena tunggu angin lagi kan.
|
Ni la pilot kitorang, tak ingat nama dia sebab slalu dok tanya wife dia ja (kak hanim) |
|
Aja jadi model |
|
Kalau bendera tu berkibar lurus ja itu menandakan angin sudah stabil |
|
mungkinkah kekasih hati berada di penghujung selat melaka itu??? |
Oh lupa pulak nak bagitau. Berat badan memainkan peranan yang sangat penting yer untuk acara tandem paragliding ni. Berat tidak boleh melebihi 90kg. Kalau keadaan angin yang kuat, sesapa yang berat dlm 45kg ke bawah memang kena tunggu angin tu reda sikit baru bole terbang. And sapa yang berat 70kg ke atas memang kena tunggu angin kuat baru ok. Sapa yg berat sedang2 saja beruntung lahh.. hahha. Masa dok menunggu giliran tu pilot tu cakap kita mula kan dengan berat yang pertengahan. So Wan la yang pergi dulu. Pastu ada pilot lagi sorang offer sapa yang dh ready terbang dengan dia. Kak hanim panggil nama aku. ooohhh best nya. hahhaa.korang layan gambar2 di bawah dulu yer. nanti di penghujung aku bagi tips and details.
|
Ni pilot yang bawa aku terbang nama dia Abang Man |
|
Im ready for take off |
|
adik yg baju hijau ni anak abg man tadi. Dia dah bole terbang solo ok. umo baru 13 tahun. jeles!! |
|
take off. muka hepi giler |
|
aku: naik tinggi sikit |
|
abg man: kita lap sikit 45 darjah. hihi |
|
intai-intai selat melaka tak nampak pon kekasih aku kt hujung tu |
|
im flying without wings. |
|
the best shot from me. ahaks!! |
|
terima kasih Allah... im so proud flying at 600ft height. |
|
abg man:rasa apa? aku: tak rasa apa pon. abg man: ok kita terbang lagi tinggi lah |
|
Abg man: tengok tu kita lagi tinggi dari diorang |
|
peace yoo!! im done.. |
|
Ni turn kakak aku.. |
|
geli kaki x? |
|
kak yati ready for take off |
|
take off already |
|
fly high and capture the best thing only |
|
muka gayat ke tu? |
|
Tirah, org paling ringan dlm group kami. So dia paling last sebab kena tunggu angin reda sikit. kesian lama tunggu |
Alhamdulillah ke-6 enam kami berjaya terbang. Cuaca hari ni menyebelahi kami. Menurut pilot tu, pernah ada yang datang tapi tak ada angin, so balik dengan hampa. Kena datang lain kali la jawabnya. Terima kasih kak hanim, suami, abg man dan pilot2 yang lain kerana merealisasikan impian kami. Next time bole amek klas terbang dah. kat ada tips dan details kalau korang nak try tandem paragliding ni.
|
Dapat sijil ok!! |
|
heksited lepas terbang. yang baju kuning tu kak hanim yg sngt sporting |
|
Yeah!!! we did it. |
Tips untuk tandem paragliding:
1. Contact kak Hanim awal2, kira book dulu la sebab nak kena tengok keadaan angin dan cuaca yang sesuai utk fly. (bole refer facebook Hanim Jamel untuk keterangan lanjut)
2. Pakai pakaian yang sesuai. Better sport attire lah kan.
3. Nak naik atas bukit Jugra better car pool kerana parking adalah terhad.
4. Kat atas bukit ni tak da toilet dan surau. So kalau nak ke toilet memang kena turun lah. Surau pun tak da. Nak solat kena turun ke masjid di bawah.
5. Disebabkan nak terbang bergantung kepada keadaan angin, jadi di nasihat kn menungu dengan sabar dan doa banyak yer. Bawak la tikar or makanan ringan. Bole la mengunyah sementara menunggu.
6. Dia akan terbang kan seorang per seorang. Kalau pilot ada ramai dan angin cantek, cepat la habis. So tak risau la siapa yang akn jaga barang2 berharga korang. Sebab member2 ko akan tunggu giliran mereka di situ. Bila dah landing kat bawah, nanti kita akan naik semula ke bukit jugra dgn kereta yg disediakn bersama dengan pilot tadi.
7. Gapro memang akan disediakan. Jadi tak payah risau ok. Nanti masa terbang tu posing la puas2 kat atas tu. Kalau gayat jgn tengok bawah. Tengok ke hadapan ja.
8. Make sure memory fon cukup utk amek video masa terbang tadi. bawak la pendrive stanby.
9.Sijil penyertaan akan diserahkan di akhir aktiviti hanya kepada yang berjaya terbang sahaja ok.
10. Selain di Bukit Jugra, ada juga di KKB, Gunung Jerai dan kinabalu. (harga berbeza mengikut lokasi)
Kat bawah ni video yang aku amek masa kat atas awan.. Enjoy the video yaaa.