Aktiviti pendakian kali ni, kami memilih Bukit Broga atau lebih
dikenali Broga Hill. Bukit ini terletak di Semenyih, Selangor. Ketinggian bukit ini lebih kurang 400 m dari aras laut. Tak da la tinggi sangat kan dan trek mendaki pon tidak lah sukar. Sesuai la untuk permulaan sesiapa yang nak jinak kan diri dalam aktiviti pendakian. Perjalanan kami dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam.
Bertolak jam 5.30 pagi dari Shah Alam dan berhenti subuh di tol Saujana
Putra. Sepatutnya tak sampai 2 jam pon. Memang kami tak kan sempat menikmati sunrise di atas Broga Hill.
Maka perjalanan kami ke sana rileks2 saja. Kepada sesiapa yang ingin
memikmati sunrise di ats Broga Hill, dicadangkan bergerak lebih awal.
Naik sebelum subuh. Tapi kat atas sana tak ada tempat solat tau. Dulu
masa first time naik Broga ni, mmg gigih bangun awal pagi. Then solat
subuh kat rumah membe aku kat Semenyih. 6.00 pagi start daki, so sempat
jugak la tengok sunrise. Memang cantek weh!!!
|
Bawak bekal sandwich tuna dan telur |
|
Berhenti subuh dan wefie dulu sementara menunggu Ayun memerut |
Kami sampai dalam jam 7.30 pagi. Macam biasa, parking kereta kat sini dalam ladang kelapa sawit. Bayaran parking RM3.00 per entry. Memang tak dak petak parking ok. So pandai2 la yer masuk celah2 pokok sawit tu. Masa kami sampai ni ramai org dah turun. Kami baru nak naik. hihi. Nampak tak dah cerah pon. Kalau sapa2 yang nk hiking lebih sikit tu bole la pergi ke Gunung Tok Wan. Sebelah tu Broga Hill saja. Aku nak citer lebih pasal Gunung Tok Wan aku pon tak pernah daki lagi. Maybe next time.
Sementara menunggu ahli group yang lain sampai, kami mcm biasa bergambar
la dulu. Bila dah cukup semua ahli kumpulan, buat sedikit regangan urat
dan otot. Bukan apa, takut krem kaki nanti. Jam 8.00 pagi kami mula
mendaki. Di sebabkan aktiviti kali ni hanya santai2, memang banyak la
stop nya utk bergambar. Kalau normal hiking tu, 45- 60 minit dah bole
sampai ke puncak Broga. Tapi kami mendaki sambil menikmati pemandangan
indah dan menghirup udara segar, so 45 minit bole jadi 2 jam baru sampai
puncak.
Suasana memang berbeza bila mendaki awal pagi dan lewat pagi. Masa naik tu memang la best sebab angin kuat jer bertiup. tapi bila matahari mula meninggi mula la terasa panas nya. Bila naik lewat pagi make sure pakai 'musk' sebab bila angin bertiup, debu2 tanah mula berterbangan. rasa sesak nafas jugak la.
Bila dah sampai puncak tu rasa mcm xnak turun. Tu la yang best nya bila beraddi tempat tinggi. Pemandangan yang sangat sempurna. Ciptaan Tuhan yang sangat indah. Segala penat hilang bila tengok pemandangan dari atas bukit. Terima kasih Allah atas nikmatMu ini.
hampir 45 minit kat atas Broga kami pon turun ke bawah. Matahari pon dah mula meninggi. Bila nak turun laju jer. Part paling best pekena air kelapa org belanja pulak tu. Memang nikmat sangat la kan. Kat bawah tu ada gerai2 jual air kelapa, makanan, dan t-shirt. So bole la lepak2 sekejap sebelum bertolak pulang...
|
3 dara pungutan katanya |
|
sebahagian group mendaki kami |
|
salah satu trek yang agak sukar |
|
sampai kat 1st peak |
|
|
|
Sempat masak megi lagi, tapi bukan group kami la |
|
berhenti sekejap di tengah2 cerun |
|
2nd peak |
|
semua batu kami nak bergambar |
|
last peak, yeah!!! |
|
Salah satu cara nak hilangkan perasaan gayat kena posing macam ni |
No comments:
Post a Comment