Setelah jejak Jakarta, Bandung, Yogjakarta dan Surabaya, IndoTour kali ni ke Padang dan Bukit Tinggi yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Apa yang menarik kat Padang tu? Entah la..aku pon tak tahu. Sebab tu la kami nak p tengok apa yang ada kat sana. Lagi pon, tiket ni beli masa AirAsia promo last year. RM89 return. Berbaloi sangat la kan. Trip kali ni bertemakan siblings and frens. Siap ada tema lagi kan. Perjalanan kami ke sana melalui udara dengan penerbangan AirAsia Memandangkan flight kami jam 7.50 pagi, maka aku, kak yati dan adik bergerak dari Shah Alam jam 4.00 pagi menuju ke Putrajaya (ambil kak Ala) kemudian ke Putrajaya Sentral. Kenapa ke situ pulak kan... sebab nya nak parking kereta la. kat sini selamat dan murah. Kalau nak ambil teksi dari Shah Alam maunya harga RM80 ke atas pagi2 buta ni kan. Harga parking di Putrajaya Sentral hanyalah RM 4 sehari. memang berbaloikan. Dah la parking berbumbung. So dari sini kami naik ERL ke KLIA2 (tiket RM 6.00/org). Ni kali kedua aku ke KLIA2 sejak ia dibuka. Kali pertama masa aku nak ke Sabah. KLIA2 ni bagus jugak fasilitinya. Tapi kena berjalan jauh sikit la.. tapi tak pa la bole cuci mata.
|
Jam 5.30 pagi menunggu ERL ke KLIA2 |
|
Kakak dan Adik aku dengan muka mengantok tapi tetap nak posing |
|
Kak Ala sebelum air kosong yang berharga RM2.00/cup disedut oleh seorang budak |
|
Kami!!! Makan roti dulu takot kelaparan nanti |
Setelah lebih kurang 45 minit berada di awan biru, Alhamdulillah kami selamat sampai ke Minangkabau International Airport atau dalam bahasa Indonesia lebih dikenali sebagai
Bandar Udara Internasional Minangkabau. Airport ini dibuka pada July 2005 menggantikan Airport Tabing Airport (sekarang menjadi pengkalan tentera udara katanya). Dengan mata yang mengantuk dan 'blur', kami melangkah keluar dari pesawat. Sebelum melepasi Imegresen, kena isi document perjalanan.
Patut lah kat atas flight tadi tak da pon pramugari edarkan borang.
Rupanya kena isi kat airport. Jenuh menunggu jugak la. Pen ada dua ja.
Kami berempat. Lepas tu kak yati bole pulak tersilap isi bahagian
departures tu. Kena isi lagi skali. Bersila di lantai je lah sebab ruang
untuk mengisi borang tu sempit. Untuk melepasi Imegresen, sila sediakn tiket balik. Kalau tak da tiket balik nanti disuruh kita beli visa yang berharga 35 USD. Nasib baik aku dah print awal2 tiket pergi-balik. Senang.
Supir kami dah sedia menunggu. Namanya Aldi. Orangnya sederhana saja. Ala2 comel jugak. Memang jenis yang peramah. Mula jumpa dia dah buat lawak. Pandai cakap 'KL' sebab ada mak cik di Malaysia katanya. Makanya, perbualan kami tidak menjadi masalah. Lancar saja.
|
Itu lah pesawat (AK403) yang menerbangkan kami dari KLIA2 ke Padang |
|
Pelancong sibuk mengisi dokumen perjalanan termasuk la kami |
|
Minangkabau International Airport (Indonesian: Bandar Udara Internasional Minangkabau) |
Ikutkan plan, kami akan ke Bukit Tinggi. Tapi, ada lagi
sorang geng kami yang belum sampai sebab nya flight dia jam 1.55 ptg
dari Malaysia. So kena la tunggu dia dulu. Sementara menunggu dia yg lg 5
jam baru sampai, kami ajak Aldi pergi breakfast dulu. Di tanya, mau
makan apa? Entahlah..apa2 saja yang bole di makan asalkan kenyang. Di
bawanya kami ke Rumah Makan Lamun Ombak. Ok...tengok gaya kedai ni mcm
mahal jer... tak pa kita try je la kan. Masuk kedai ni memang rasa
tenang ja sebab susun atur meja dan hiasan nya sngt traditional dan
nyaman. Kami memilih duduk bersila. Nak santai2 katanya. Tengok staf
kedai ni pakai baju merah semua. Mcm staf CIMB. Rupanya kedai ni cimb
niaga yang punya or ada share mcm tu la kot sbb kat belakang baju staf
kedai ni ada tulis CIMB niaga.
Di sini memang ada nasi padang. Tapi kami tak nak cuba dulu. Jadi, kami order Nasi Goreng Spesial dan Mee Goreng Spesial. Apa yang spesialnya, sebab ada ayam goreng. Rasa nasi goreng tu biasa2 sajo. Mcm nasi goreng bundle. Kami juga cuba roti canai. Roti canai dia agak garing. Macam roti goreng. Nipis. Dicicah dengan kuah, nak kata kari pon bukan, nak kata kuah lemak pon bukan. Tak tau nak describe kuah dia rasa mcm mana. Mcm gabungan kari dan kuah lemak. Tapi cair. Tak da dal mcm kita. Rasanya roti canai kat Malaysia lagi best. hihi. Minta murtabak mesir. Tapi bukan rezeki kami lagi kot. Menu tu dah abes. Ok tak kita cuba lain hari di lain tempat pulak. Untuk minuman, semestinya minum jus. Datang Indonesia mesti minum jus sbb jus dia memang 'kaw' punya. Seperti biasa aku akan order jus 'sirsak' (durian belanda), adik dan kak yati Es Jeruk always dan kak Ala Jus Naga. Overal, Jus dia mmg terbaik tapi makanan biasa2 sajo. Dari segi harga, mmg lamum ombak sungguh. Agak mahal. Macam tak berbaloi harga dengan rasa makanan tu. Tapi kalau yang suka suasana santai dan tenang tu bole la datang sini.
|
Memang harga dia dilamun ombak sungguh |
|
Suasana sungguh tenang dan nyaman |
|
Antara senarai juice yang ada. Juice Tom and Jerry pon ado kau!! |
|
Ini jugak yang menjadi pilihan kami |
|
Nasi Goreng Spesial katanya |
|
Roti Canai Minang |
|
Dalam tak berapa nak sedap pon licin jugak |
Perut pon dah kenyang. Aldi bawa kami ronda2 bandar Padang. Keadaan trafic di sini tidak seteruk Jakarta. Under control lagi la. Masih ramai yang menggunakan pengangkutan awam. Kat sini jarang nampak bas. Yang ada pon van (angkutan kota), ojek (motorsikal) dan kereta kuda. Tapi pemandu jalan raya di sini masing2 bertolak ansur. Kadar kemalangan juga sedikit. Landasan keretapi betul2 di hadapan rumah dan kedai tanpa ada dinding penghadang. Menurut Aldi, keretapi ni dari zaman Belanda dan enjinnya masih menggunakan arang batu. Sebab tu lah kelajuan nya hanya lah sekitar 60-80 km/j. memang slow giler kot.Patut la rileks ja mak cik2 tu jemur baju atas landasan. kalau keretapi lalu pon sempat lagi kutip baju di jemuran.
Tadi aku ada sebut pasal Ojek kan. Ada cerita jugak pasal ojek ni. Aldi cakap, kalau nak tahu yang membonceng tu suami isteri/pasangan atau pon yang ditumpang secara berbayar, tengok cara duduk pembonceng tu. Kalau dia duduk pegang pinggang atau bahu pemandu nya, so maknanya itu suami isteri, sedara atau pon couple. Tapi kalau cara duduk pembonceng tu pegang di belakang atau bawah, makanya pembonceng tu menumpang secara berbayar. Begitu lah sistem 'Ojek' kat sini. Kata Aldi lagi, kalau anak dara membonceng motorsikal cara menyisi mcm tu, mmg dipandang tinggi or respect. sebab masih di jaga kesantunan nya. Kalau kat Malaysia memang tak jumpa dah yang duduk menyisi macam tu. Maunya sakit pinggang weh. Banyak yang mengangkang sajo.
|
Keretapi dari zaman belanda yang enjinnya masih menggunakan arang batu |
|
Kau mampu membonceng gaya mcm ni??maunya sakit pinggang weh |
Kami lalu di pekan Pariaman. Menurut cerita Aldi lagi, Pariaman dulunya dihuni oleh bangsa India keturunan Keling. Sebab tu lah ia dinamakan Paria-Man. betul ke kau ni Aldi? untuk kesahihah cerita, maka aku pon tanya Mr.Google.
'Pariaman yang terletak di pinggir pantai, mudah dikunjungi pelaut dari
berbagai negeri, menyebabkan mudahnya hubungan dengan daerah lain.
Sehingga masyarakatnya pun mudah menerima perubahan, baik sosial,
politik maupun agama.
Tak heran sebagai wilayah yang berada di pinggir pantai dan di singgahi
oleh berbagai pedagang, Pariaman belakangan dihuni tak hanya dari
keturunan Minangkabau dari daerah darek. Di Pariaman terdapat
pula keturunan keling (kaliang). Mungkin karena warna kulitnya lebih
hitam, maka disebut saja kaliang. Sehingga jika ada anggota keluarga
rang Pariaman, sering dikatakan kulitnya hitam kaliang. Bahkan
sebelum proklamasi Indonesia 17 Agustus 1945, di Pariaman juga banyak
terdapat keturuan Tionghoa (Cina). Bukti peninggalan keturunan Tionghoa
yang tidak bisa dibantah adalah kuburan keturunan Tionghoa di Toboh
Palabah dan nama daerah Kampungcino.
Sedangkan bangsa penjajah (Belanda, Inggris dan Jepang), yang pernah
bermukim di Pariaman, hingga kini tak diketemukan lagi buktinya. Penulis
hanya pernah mendapatkan informasi di sekitar Kampung Perak ada kuburan
Belanda. Namun kini sudah menjadi areal perkantoran, yakni Kantor
Kesbang Linmas Kabupaten Padangpariaman.
Meski penduduk Pariaman sudah bercampur, tapi tetap memakai adat
Minangkabau dalam kesehariannya. Hanya saja, sebagai daerah rantau, di
Pariaman tidak diketemukan rumah gadang seperti di daerah darek. Rumah
gadangnya tidak bergonjong sebagaimana rumah gadang di daerah darek
seperti tanduk kerbau' (dipetik dari kumpulan-orang-minang.blogspot.com)
Ok.. ada sikit la persamaan dengan cerita Aldi tu. Bole di terima lah cerita dia. Lupakan cerita Pariaman. Kami singgah di pasaraya Ramayana. Nak lengah2 kan masa punya pasal, kami ter shopping benda yang tak sepatut nya kami beli. Tapi disebabkan murah giler berbanding harga di Malaysia, maka kami pon beli jugak la. Pusing2 lagi dalam tu jumpa pisang sale. Hoyeah!!! ni adalah feberet aku. Kat Bandung ja jumpa. Akhirnya berjumpa di sini. Wajib di beli. Tapi beli sebungkus dulu buat lepas kempunan, mana la tau kot nanti jumpa lagi kan. Sambil pusing2 tu dok cari jugak simcard sebab nak call mak aku. Nanti risau pulak kan dia. Pusing2 jumpa juga simcard, tapi mahal nak mampos! Rp 100k. huh!! memang tak beli la. Lepas tu terjumpa pulak dengan perfume yang aku tercari2 selama ni. 'Avril Lavinge'. Kat Malaysia bukan main susah nak jumpa. Beli jugak la. Sebotol 30 ml, Rp 35k. Murah la kan. Yang tak bestnya pasal pasaraya ni, tak da aircond. Ke aku yang tak rasa aircond tu. Panas weh. Tak lalu nak dok lama2 dalam tu. Nak cari simcard tak jumpa lagi. Di hadapan pasaraya ni ada banyak angkutan awam. Kereta kuda pon ada kau. Tiba2 muncul Proton Gen2 parking di depan mata. Bangga sekejap kereta Malaysia ada di sini. Pilih. Nak naik yang mana. Gen2 or kereta kuda or angkutan awan?
|
Gen2 vs Kereta kuda |
Bila dah tak tau nak p mana, Aldi belanja kami minum di sebuah warung. Baik tak supir kami? hihi. Dia suruh kami rileks2 sejuk kan badan kat sini. Buka kipas. Tapi tak terasa pon angin nya. Memang panas terik. Kami order Teh ais dan Es Jeruk. Aku terbayang teh ais mcm kat Malaysia. Rupanya, teh ais kat sini adalah teh O ais. Dah orang belanja, minum sajo lah. Tapi aku suka warung ni. Klasik. Macam kedai makan kat Malaysia era 90-an. Kami lepak kat sini hampir 45 minit jugak la. Tak tahan dengan cuaca panas, kami ajak Aldi pusing2 cari simcard.
Rupanya ada ja kedai kecil berhampiran dengan Airport gate yang ada jual simcard. Alhamdulillah jumpa jugak. Mulanya yang nak beli sorang ja. Tapi entah macam mana keempat-empat kami terbeli jugak. Aku punya simcard Rp 22k skali dengan internet. Yang lain2 Rp 17k. Bezanya pulsa aku bnyk sikit dari diorang. Setel pasal simcard. Bole lah aku call Mak. Call rate murah ja. Seminit RM0.30 sajo. Kat kedai ni pon ber jam2. Banyak songeh jugak kami ni. Bukan apa, masing2 blur sebab kena bangun awal pagi sngt kan tadi. Sampai si Aldi geleng kepala dengan kami. Kakak kedai tu pulak ramah dan melayan ja kerenah kami yang memang sengal ni. Bila dah setel semua, kami terus ke Airport nak jemput Kak Mai. Memang kena ja timing. Flight kak Mai dah sampai. Yeay dah nampak Kak Mai.
Sekarang dah cukup geng nak liburan. Perjalanan kami ke Bukit Tinggi diteruskan dengan cuaca di Padang yang semakin membahang. Rasa macam tak sabar nak sampai Bukit Tinggi konon nya sejuk kat sana. Dalam perjalanan, kami singgah di Masjid (tak ingat namanya) untuk solat jamak zohor dan asar. Atas permintaan Kak Ala, dia nak masjid yang sejuk dan nyaman. Maka, Aldi bawa kami ke sebuah masjid yang belum siap sepenuhnya. Aku terbayang bila Masjid ni dh siap sepenuhnya confirm masjid ni cantek giler. Tengok struktur tiang sudah lah. Bukan main gah. Arkitektur dia memang cantek berkonsepkan traditional modern. Macam kat istanbul pon ada jugak (macam dah penah sampai istanbul). Air kolam masjid ni memang sejuk giler. Katanya air ni dari air terjun Lembah Anai. Rasa macam nak mandi ja.
|
Warung |
|
Ini bukan syampoo yer. Ini kecap manis ABC |
|
Teh Ais |
|
Khusyuk bebenor kakak tu mengisi pulsa | |
|
Ini lah kak Mai yang flight nya lewat dari kami |
|
Gah nya tiang masjid ni |
|
Strutur binaan yang menarik |
Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai ke Bukit Tinggi, kami singgah di Air Terjun Lembah Anai. Air terjun ini terletak betul2 di tepi jalan menuju ke Bukit Tinggi, berhampiran dengan jambatan dan landasan keretapi(yang sudah tidak digunakan lagi). Memang tak da org mandi. Tepi jalan kan. Nanti lain pulak jadinya kalau ramai yang mandi kat situ. Menurut supir kami, kalau di basuh muka dengan air terjun ni, bole jadi awet muda. Kalau mandi, bole jadi baby. Tapi tinggi lagi Air Terjun Coban Rondo di Malang, Indonesia. Tapi, ciptaan Allah, semuanya sempurna. Tiada yang cacat cela. Memang terpukau mata melihat keindahan bukit2, gunung2 dan air terjun di sini. 'Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan'. Subhanallah!!!
Entrance Fee Rp 3k/org sahaja. Ada deretan gerai menjual makanan, kerepek dan mcm2 lagi.
|
Air Terjun Lembah Anai berhampiran jambatan dan landasan keretapi |
|
Ciptaan Allah yang sempurna |
|
Model air terjun katanya |
|
Deretan gerai menjual pelbagai jenis keropok dan kerepek hasil tempatan |
Setelah penat berposing di Lembah Anai, kami bergerak menuju ke destinasi yang dinantikan, Bukit Tinggi. Sampai saja di Bukit Tinggi, perut lapar semula. hihihi. Hajat dihati nak makan Ayam Penyet Wong Solo, tapi mana la ada kat sini hoii. Yang ada Wong Semarang. Bole la kita cuba dulu apa rasa dia. Ternyata, Ayam Penyet Wong Solo tetap di hati. Ayam Penyet Wong Semarang ni rasanya biasa saja. Tak pedas (maka tak cukup ummph la), aku dan kak yati amek nila bakar. Bila makanan sampai, ikan tu terlebih bakar (rentung namanya ni) tapi di sebab kan lapar, licin jugak. Makanan tambahan yang kami order tauhu dan tempe goreng. Air semua amek jus. Harga kedai ni murah ja. Makan utk 5 org dalam Rp150k.
|
Tak dapat Wong Solo, Wong Semarang pon bole |
|
So colorful kedainya |
|
Tauhu dan Tempe goreng |
|
Ayam Penyet |
|
Es Jeruk dan tak ingat dah nama 2 lagi jus tu |
|
Nila bakar |
|
Tetap licin |
|
Nampak tak apa yang aku nampak kat awan tu? |
Akhirnya sampai jugak di hotel Graha Muslim, Bukit Tinggi. Kami menginap di sini selama 4 hari 3 malam. Hotel budget gitew. Harga pon budget semalam dalam RM47 siap extra bed, breakfast utk 3 org dan termasuk tax.Ok masa untuk beradu. Badan letih dan mata mengantuk...
...bersambung...
|
Tempat beradu untuk 4 hari 3 malam di Bukit Tinggi |
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam dari MINANGKABAU.Yang biasa disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG.
Salam juga dari saya ARMAN.
Saya nak menyapa tuan dan puan.abang dan Akak.pak cik dan mak cik.dan korang semua yang nak merancang untuk melawat/Holidays ke bukittinggi padang.tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan.jangan risau.Saya boleh bantu uruskan lawatan nya.
Untuk info detailnya sila contact saya ditalian..
Call/sms/whatsapp.+6285374176166
Email.armanpribadi123@gmail.com
Terimakasih
Wassalam...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam dari MINANGKABAU.Yang biasa disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG.
Salam juga dari saya ARMAN.
Saya nak menyapa tuan dan puan.abang dan Akak.pak cik dan mak cik.dan korang semua yang nak merancang untuk melawat/Holidays ke bukittinggi padang.tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan.jangan risau.Saya boleh bantu uruskan lawatan nya.
Untuk info detailnya sila contact saya ditalian..
Call/sms/whatsapp.+6285374176166
Email.armanpribadi123@gmail.com
Terimakasih
Wassalam...