Hari kedua di bumi Bukit Tinggi,
Padang Indonesia. Semalam adalah malam pertama bermalam di sini. Memang mata
tak bole nak lelap. Biasalah, aku kalau berubah tempat tido memang macam tu.
Maybe tak da bantal busuk kot. Hihi. Tapi yang sebenarnya, cuaca semalam memang
panas. Ikutkan suhu di Bukit Tinggi ni
sejuk. Sebab tu semua hotel tak ada aircond dan kipas. Tapi aku tak rasa on
sejuk nya tu. Berpeluh-peluh jugak aku di buatnya. Memang tak bole tido. Ditambah
pula di sebelah hotel kami terdapat sebuah perkampungan, maka bertambah bising
lah jadi nya. Dengar jugak la orang bersembang, bergelak, bunyi bising kuali. Aku
cuba jugak lelapkan mata. Sedar tak sedar dah jam 3.00 pagi. Esok dah la nak
kena bangun awal. Akhirnya aku pon tak sedar jam berapa aku tertido. Bila jaga
dah jam 6.00 pagi. Jam 6.30 pagi terdengar ketukan pintu. Rupanya breakfast
delivery. Ok la tu kan. Kami dihidangkan dengan air teh panas dan nasi goreng
bungkus. Ok la tu kan. Tapi rasa dia
biasa2 saja.
|
Breakfast delivery |
|
Nasi Goreng yang hambar |
Semua dah siap. Janji dengan Aldi
jam 8.00 pagi. Hari ni kami akan ke Harau
Valley, Kiniko, Istana Pagaruyung, Danau Singkarak dan Pandai Sikek.
Harau Valley terletak di
Payakumbuh. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di satu kedai jual kerepek (Sanjai Ummi Aufa Hakim). Kat sini, macam2 kerepek ada. Harga pon ok jugak. Perjalanan ke Harau Valley dipukau oleh pemandangan Gunung Barisan
dan hamparan sawah padi yang menghijau. Sejuk mata memandang. Teringat kampung
halaman aku di Kedah. Bezanya sawah padi di sini dikerjakan tidak serentak.
Bole lihat ada padi yang masih menghijau, ada yang dah kuning keemasan (dah
masak la tu), ada yang baru nak tanam padi. Itu lah unik nya Indonesia. Selain
tanaman padi, terdapat juga tanaman lain seperti jagung, daun bawang dan ubi
kayu. Majoriti penduduk di sini bercucuk tanam. Kalau di Kedah, sawah padi
ditanam di belakang ataupun tepi rumah, tetapi di Padang, ia ditanam di hadapan
rumah. Kiranya buka pintu dah Nampak sawah padi. Kebanyakan rumah terdapat
kolam ikan di sebelahnya. Memang penduduk kampung di sini makan hasil tanaman
dan ternakan sendiri. Sangat berbaloi.
|
Sanjai Ummi Aufa hakim |
|
Pelbagai kerepek hasil tempatan |
|
Orang kedah panggil tempeyek |
|
Hamparan sawah padi |
|
Dibatasi Gunung Barisan |
|
Kakak ni sempat lagi makan limau |
Sampai ke Harau Valley dikenakan bayaran masuk sebanyak Rp 5k/org. Aldi memberhentikan kami di Lembah Echo Resort, berhampiran dengan Echo point. Kat Echo point tu korang boleh la menjerit apa yang yg korang nak laungkan. Nanti pantulan suara korang akan kedengaran sampai hujung kampung. Tak percaya? Cuba lah. Turun ja dari kereta.. Subhanallah!! Dinding bukit seperti ukiran dan lukisan yang sangat sempurna. Hanya mampu dirakam dalam kotak fikiran.Udara yang nyaman, suasana yang tenang. Apa lagi yang dicari? Rasa macam nak bermalam di sini. Sebenarnya Harau Valley ni ada banyak pitsop. Tapi Aldi bawak kami ke sini saja (Echo Resort). Kalau sapa2 yang nak bermalam kat sini sangat2 digalakkan. Harga semalam dalam Rp 600k untuk satu bilik. Bilik dia 2 tingkat. Kat bawah tu ada sofa, katil king size dan toilet. Kat atas tu mcm loteng ja. Ada single bed. Malam2 kat sini confirm sejuk. Berbaloi dengan suasana dia. Aku dah jatuh cinta dengan resort ni. Katanya resort ni pemiliknya adalah bapa kepada Shaden, penyanyi Indonesia (lagu Dunia belum berakhir). Kami dihidangkan dengan teh panas. Menikmati teh panas di bawah pokok, sambil menghirup udara yang nyaman... uhhh terasa macam tak nak balik. Kalau ada spa kat sini lagi best. Bole massage kaki.
Sebenarnya Harau Valley ni ada lagenda dia jugak. Aldi ni pon satu, bila kami dah balik dari Harau Valley baru dia citer lagenda ni. Katanya kalau perasan kat dinding bukit tu bole nampak lukisan seorang perempuan. Saja dia tak nak bagitau kami, risau kami takut dan hanya orang tertentu saja yang bole nampak. Rugi betul terlepas part best. Itu lah yang best nya Si Aldi ni. Banyak betul cerita dia. Kami pon layan ja dengar dia bercerita. Macam biasa untuk kesahihan cerita, aku tanya Mr. Google lagi. Ternyata apa yang diceritakan oleh Aldi memang sama. Maybe dia dah hafal dr Mr. Google jugak kot. hihi. Korang bole la baca lagenda ni. Nanti pergi sana jangan lupa cari dinding yang nampak perempuan tu yer.
Legenda Puti Sari Banilai. Alkisah, waktu dulu berlayarlah seorang
Raja Hindustan bernama Maulana Kari dengan permaisurinya Sari Banun untuk
merayakan pertunangan anaknya bernama Sari Banilai dengan Bujang Juaro. Puti
Sari Banilai pergi bersama orang tuannya. Sebelum berlayar, kedua anak muda
tersebut telah bersumpah, kalau Sari banilai mengingkari janji pertunangan
tersebut, ia akan menjadi batu dan sebaliknya kalau Bujang Juaro yang ingkar,
ia akan menjadi ular naga.
Tanpa disedari
kapal mereka dibawa arus dan hanyut tersepit di Lembah Harau di antara dua
bukit batu terjal serta ditahan akar kayu yang melintang di antara kedua bukit
tersebut. Agar kapal tidak hanyut, sang raja menambatnya pada sebuah batu yang
terdapat di sana. Batu tersebut sampai sekarang masih bernama Batu Tambatan
Kapal/perahu. Dengan persetujuan Rajo Darah Putiah yang berkuasa pada waktu itu
di Lembah Harau maka Raja Maulana Kari beserta keluarganya diizinkan untuk
tinggal di situ.
Oleh kerana
tidak mubkin boleh kembali ke negerinnya mereka putuskan untuk menetap di sana.
Raja Maulana Kari tidak mengetahui sumpah putrinya, telah mengahwinkan Puti
Sari Banilai dengan seorang pemuda di daerah tersebut yang bernama “Rambun
Pade”. Dari perkawinan ini lahir seorang anak lelaki yang gagah. Raja Maulana
Kari dan isterinya sangat sayang pada cucunya ini sehingga setiap permintaannya
ditunaikan.
Nak
dijadikan cerita, sang raja telah membuat alat permaian untuk cucunya itu, dan
setiap hari cucunya itu bermain dengan mainan tersebut. Pada suatu hari mainan
tersebut terjatuh ke dalam laut. Sang cucu memanggil ibunya untuk mengambil
mainan tersebut. Lalu si ibu melompat ke dalam laut untuk mengambilnya, namun
mainan itu hanyut tidak dijumpai lagi. Pada saat itu datanglah ombak yang membawa
Sari Banilai sampai ke tepi dan tersepit di antara dua buah batu. Pada saat itu
Puti Sari Banilai memohon agar air laut itu surut dan kering.
Lama kelamaan
kaki Puti Sari Banilai mula menjadi batu. Saat itulah Puti Sari Banilai
teringat akan sumpahnya dan sebelum keseluruhan badannya menjadi batu, dia
memohon kepada tuhan agar perlengkapan rumah tangganya dibawa dan diletakkan di
dekat dia tersepit.
Di lembah
Harau pada dinding terjal di sebelah kiri (dekat echo) sayup-sayup kelihatan
sebuah batu seakan-akan berbentuk seorang ibu yang sedang menggendong anaknya,
hamparan tikar dan sebuah batu yang berbentuk lumbung padi. Demikianlah legenda
Lemba Harau. Legenda ini masih hidup dalam masyarakat, dalam cerita randai yang
bernama “Randai sari Banilai” salah satu bentuk kesenian tradisional masyarakat
di sana. (dipetik dari https://andukot.wordpress.com/2010/05/10/legenda-lembah-harau/)
|
tersimpan lagenda yang tersendiri |
|
Jalan berliku pasti membuahkan hasil yang menarik |
|
Jatuh cinta |
|
BBQ malam2 best nih |
|
Ngeteh dulu |
|
Lembah Echo Resort |
|
Cermin rahsia |
|
Suasana bilik yang meruntun mata |
|
Family Potret pemilik Lembah Echo Resort (yang tengah tu Shaden) |
|
Dari atas Lembah Echo |
|
Nampak ke air terjun nye?? |
|
Jernih dan dingin |
|
Silalah menjerit kat sini yer.. confirm suara anda akan di ulang sekali lagi |
Setelah puas bergambar dan menikmati Harau Valley, kami meneruskan perjalanan ke Tabek Patah untuk singgah di Kiniko Home Industry iaitu kilang perusahaan kerepek dan Kopi Kiniko.Di sini tempat pisang sale di proses. Buat pertama kali aku melihat proses kejadian pisang sale tu. Tapi pisang sale di sini tebal sedikit, memang berbeza dengan pisang sale di Bandung. Selain itu, manarik nya Kiniko ini adalah pada kopi nya. Bila minum rasa macam teh campur cincau. Kat sini ada tauhu dan tempe goreng kuah pecal. Memang sangat sedap. Mula beli satu pinggan. Lepas tu repeat order pulak. Sebab sedap weh. Kepada penggemar kopi, bole lah beli untuk dibawa pulang.
|
Add caption |
|
Terjah dapur mereka. hihi |
|
Tempat penyediaan pisang sale |
|
Ori punya |
|
Daun (tak ingat nama) direbus untuk diminum |
|
Kopi Kiniko |
|
Tauhu dan tempe goreng kuah pecal memang terbaik bak hang!!! |
Kami terus ke Batu Sangkar untuk makan tengah hari di Rumah Makan Pondok Flora. Memang satu jalan je dari Kiniko, Batu Sangkar, dan terus ke Istana Pagaruyung. Lokasi restoran ni menarik perhatian kerana terletak di tepi sawah padi dan terapung di dalam kolam ikan. Bagi aku, suasana macam ni dah biasa sebab kampung aku kan di Kedah. Menu utama di sini harus lah nasi padang dan ikan bakar. Bila dah duduk di meja, memang staf dia terus hidangkan lauk2 padang. Dari hujung ke hujung meja. Banyak bebenor. Kami bukan lah penggemar masakan padang. Jadi kami hanya pilih yang betul2 nak saja. Yang tak mau tu kami ke tepikan awal2. Senang. Di sebabkan ramai yang cakap ikan bakar kat sini sedap, kami amek 2 ekor ikan. Memang indah rupa dari rasa. Dua hari di bumi Padang, masih belum jumpa makanan yang betul2 kena dengan tekak. Memang bab makan kami sangat memilih. Kalau sedap tu, memang betul2 sedap lah. (Tauhu dan tempe kuah pecal kat kiniko tu memang sedap!) Harga kat sini biasa saja. Tak mahal dan tak murah. Mahal lagi Lamun Ombak semalam. Sedang tengah makan tu, pandangan mata beralih kepada staf restoran ni yang dok kait buah markisa untuk buat jus. Pandai marketing diorang ni. Semua pengunjung restoran dok perati gelagat staf dia tadi. Restoran ni ada tarikan yang tersendiri. Ada beberapa ekor burung hantu yang cantek2 di ruang2 santai.Pengunjung bole bergambar dengan burung2 tersebut. Selain burung hantu, ada juga Monyet. Jinak monyet ni. Pandai posing pulak tu. Pantang nampak camera, dia dah siap berposing. Mengalahkan manusia gayanya. Nasib baik hati dihiburkan dengan gelagat burung2 dan monyet tadi hinggakan lupa pasal menu yang tak berapa nak kena dengan tekak. Opps lupa pulak nak bagitau, dalam menu masakan padang tadi, kami semua dok pulun makan ikan kering saja. Adik aku cakap tu anak belut. Tapi sedap. Kecil2. Macam anak ikan haruan pun ye jugak. Tak pasti la ikan apa. Yang lain2 tu masakan dia biasa2 saja.
|
Pondok terapung di atas kolam ikan |
|
Belum apa2 dah siap posing mamat nih |
|
Siap siaga nak makan |
|
Sebahagian menu masakan padang |
|
Setelah dipilih, ini saja yang nampak macam mampu diterima tekak |
|
Ada juga durian dan kelapa, kalau nak order saja |
|
Yang ni agak 'kekwat' sikit |
|
Sebelum balik, dia minta disuapkan makanan dulu |
|
Bijak burung ni layan camera |
Destinasi seterusnya ialah Istana Pagaruyung. Untuk sampai ke sana, kami telah melalui sebuah makam diraja zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan. Seterusnya, kami lalu dihadapan sebuah rumah gadang yang cantik.Kemudian, kami terjumpa pokok kelapa yang pelik kerana ia tinggi dan berlekuk-lekuk. Aldi cakap pokok tu dari kecil mungkin dibentuk oleh penanam nya atau pun memang terjadi dengan sendiri nya. Wallahualam.
|
Makam diraja zaman terdahulu |
|
Rumah Gadang |
|
Keajaiban si pokok kelapa |
Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dinantikan, Istana Pagaruyung. Cuaca waktu ni memang panas teramat sangat. Bayaran masuk Rp 12k seorang untuk dewasa. Memang istana yang tersergam indah. Nak menapak ke dalam istana agak jauh jugak. Badan dah melekit berpeluh. Di sini ada perkhidmatan mencuba baju adat minag. Memang teringin nak cuba. Tapi disebabkan cuaca yang panas dan kami semua sudah berpeluh, maka hasrat itu terus berkubur. Sila tanggalkan kasut anda dan masuk kan ke dalam plastik yang disediakan. Bila dah masuk dalam istana, ramai juga manusia. Kami terus duduk. Hilangkan penat dulu. Kemudian baru lah bergambar. Tinggi dan besar juga istana ni. Dsebabkan aku rajin sikit, aku tanya Mr. Google pasal sejarah Istana Pagaruyung ni. Sila lah baca yer. Menarik!!!
Istana Pagaruyung ini juga disebut Istana Basa Pagaruyung yang
bererti istana besar. Memiliki bentuk seperti rumah gadang tetapi, jenis
dari bangunan rumah gadang yang ini, merupakan bentuk khusus yang
memang di bangun hanya untuk istana atau kerajaan. Jenis dari rumah
gadang ini iaitu Alang Babega. Jenis dari rumah gadang ini, sama dengan
Istana Silinduang Bulan yang merupakan kembarannya.
Bangunan ini sebenarnya replika dari Istana Raja Alam Minangkabau
yang dulunya berada di Puncak Bukit Batu Patah yang berada di
belakang bangunan Istana Pagaruyung yang sekarang. Pembinaan semula ini
dilakukan kerana pada tahun 1804, Istana Raja Alam tersebut di bakar
oleh Belanda.
Kemudian, pada tahun 2007, Istana Pagaruyung juga pernah
terbakar, kerana disambar oleh petir. Namun, untuk mempertahankan
budaya dan sebuah icon penting pada suku Minangkabau, akhirnya Istana
Pagaruyung ini di bangunkan kembali.
Struktur bangunan yang di miliki oleh Istana Pagaruyung ini mempunyai 3 tingkat. Selain itu juga di lengkapi oleh 72 buah tiang, dana 11 buah gonjong (bentuk bumbung bertanduk rumah minang) yang juga menjadi ciri khas utamanya.
Bangunan ini terdiri dari unsur utama serta unsur penunjang. Untuk
unsur utama, terdiri dari batu tapakan yang ada di bawah jenjang untuk
masuk ke dalam istana. Fungsinya untuk membasuh kaki, dilengkapi dengan
guci air dan gayungnya. Yang kedua adalah singgasana yang menjadi tempat
duduk bundo kanduang.
Letaknya sejajar dengan pintu masuk. Yang ketiga adalah bilik, yang
di huni oleh putri-putri raja yang sudah menikah. Letaknya berjajar dari
kanan ke kiri tergantung urutan putri-putri tersebut. Ruang lainnya
adalah jalan menuju dapur, yang di sebut dengan selasar.
Selanjutnya yang keempat, ada pula dua anjuang, yaitu anjuang rajo
babandiang dan anjuang perak. Ketiganya memiliki 3 tingkatan(langgam)
dimana tiap langgap berbeza fungsi, namun keduanya memiliki fungsi sama.
Tetapi untuk anjuang rajo babandiang digunakkan oleh raja sedangkan
anjuang perak digunakan oleh ibu suri. Kemudian unsur ke lima hingga ke
sebelas adalah bandua tangah, bandua tapi, tango, anjuang paranginan,
mahligai, tanjuang mamutuih, dan terakhir pincuran tujuh.
Sedangkan unsur penunjang Istana Pagaruyung, terdiri dari 5 tempat.
Pertama adalah dapur yang terbahagi kepada 2 ruangan, untuk memasak dan
peralatan memasak, kemudian ruang kedua untuk para dayang.
Tempat yang kedua adalah Surau untuk kegiatan keagamaan, ketiga
rangkiang patah Sembilan yang digunakkan sebagai tempat penyimpanan
padi. Kemudian yang keempat adalah tabuah larangan yang juga memiliki 2
jenis, pertama untuk mengabarkan bencana dan yang kedua adalah untuk
memanggil dewan empat menteri serta tigo selo untuk mengadakan rapat,
lalu tempat yang terakhir adalah taman dimana anda pasti sudah memahami
fungsi taman ini. (dipetik darihttp://jalan2.com/city/padang-panjang/istana-pagaruyung/)
|
Harga tiket |
|
Sayup-sayup di kejauhan |
|
Istana Pagaruyung |
|
Tempat menyimpan beras |
|
Baju adat minang. Sapa nak cuba bole lah |
|
Bilik tidur |
|
Hebat struktur tiang dan pasak |
|
Ukiran yang mempunyai makna tersendiri |
|
Gambar diambil dari tingkat atas istana |
|
Gonjong dari jendela |
|
Struktur binaan yang melengkung untuk kestabilan ketika berlakunya gempa bumi |
|
Panas lit -lit hoi!!! |
Dah penat mandi peluh, kami bergerak ke Danau Singkarak, Danau ke-2 terbesar di Kepulauan Sumatera. Ikan bilis, merupakam spesis ikan yang terbanyak di danau ini. Ikan bilis di sini memang sangat berbeza dengan Malaysia. Di sini, kami berhenti solat dan menikmati angin petang. Ada juga perkhidmatan meronda danau menaiki bot. Harga untuk satu bot dalam Rp 150k - Rp 200k, bergantung korang bargain la. Sekali naik dalam 10 orang. Kami tak naik pon. Kami lepak tak lama sangat kerana angin kurang. Jadi terasa bahang jugak. Duduk sekejap dan bergambar.
|
Pemandangan Danau Singkarak di kala petang melabuh |
|
|
Bot untuk mengelilingi sekitar danau |
|
Bahagia itu mencintai apa yang kita miliki |
|
Happy |
|
Ikan bilis, macam anak ikan gelama |
|
Sayu mata memandang indahnya ciptaan Tuhan |
|
Benarlah, bukit dan gunung itu menjadi pasak bumi |
|
Tanaman yang subur |
Destinasi terakhir kami untuk hari ini adalah Pandai Sikek. Di sini lah lubuk kain tenun dan sulam asli dibuat. Lebih berkualiti berbanding dengan pasar Atas. Harga pon mahal sikit la. Tapi memang cantek2 kain tenun dan sulam kat sini. Tergoda aku. Terbeli jugak la satu kain songket. hihihi.Owner kedai ni ramah betul. Yang tak nak beli pon terbeli. Pandai dia.
|
Antara kedai yang terdapat di Pandai Sikek |
|
Alamak ter 'snap' Aldi dari belakang pulak |
|
Kakak ni owner kedai ni. Dia fasih cakap 'KL' |
|
tiga bersaudara |
|
Matahari pun dah nak sembunyi |
|
Abaikan gaya posing tu, nak tunjuk kampung kat belakang tu sebenarnya |
Sebelum balik ke hotel, kami nak cari makanan untuk isi perut dulu. Aldi
cadangkan murtabak mesir dan murtabak bandung yang paling sedap
katanya. Dekat ja dengan hotel kami tu. Dua-dua gerai ni bertentangan.
Kalau dah beli murtabak mesir, then nak beli pulak murtabak bandung,
kena la lintas jalan. Hati2 ya.. kereta banyak. Kami memang tak nak
lintas jalan. Aldi yang baik hati buat u-Turn. Mengada sangatkan kami.
Nampak? Ramai yang datang beli murtabak kat pak cik ni. Sekali order semua yang 3, 4, biji ke atas. Sedap sungguh ka? Kami beli 2 biji dulu. Nak cuba. Kalau sedap malam esok kita repeat lagi. Harga sebiji Rp 17k. Sambil menunggu murtabak siap, sempat la sembang dengan pak cik ni. Katanya dah lama dia meniaga di sini. Hari2 jam 6.00 ptg hingga 1.00 pagi. Meniaga di kaki lima saja. Ada 2, 3 org pekerja. Bayar sewa tapak Rp 30 juta setahun. (dalam RM800 sebulan) mahal jugak la sewa kaki lima ja kot.
Lepas dah beli murtabak mesir, kami naik kereta beli murtabak bandung (Kat Malaysia panggil apam balik). Kami amek yang special, ada pisang, jagung, coklat, kacang dan keju. Memang tebal 2x ganda dari apam balik yang tebal di Malaysia. Kami beli sebiji saja. Tengok size dah macam piza large rupanya.
Ok dah sampai hotel, masing2 kebulur, memang tak sempat nak snap gambar murtabak mesir dan murtabak bandung. Tapi dua2 murtabak memang sedap gilerrrr!!! Murtabak mesir tu mewah dengan daging. Memang kunyah terasa daging ja. Confirm malam esok repeat lagi.
.....bersambung....
|
Memang terbaik derr!! |
|
Pak cik ni ramah atau kami yang ramah |
|
Memang tak kedekut cheese |
No comments:
Post a Comment