Hari ni adalah hari terakhir berada di Bukit Tinggi. Tinggal beberapa tempat yang kami pergi kemudian terus bergerak ke Padang. Breakfast di hotel dengan menu nasi lemak. Sedap jugak. Saja lengah2 kan masa. Sebab hotel cantik. hihi. Saiful dah tunggu di luar. Kami masih makan dengan berselera. Bertambah-tambah makan nya.Kesian Saiful tunggu lama kat luar, kami bersiap-siap check-out. Sebelum meninggalkan Bukit Tinggi, Saiful bawak kami ke homestay Aldi. Rupanya si Aldi ada homestay. Tak cerita pulak kat kitorang. Bole tahan besar homestay tu. Cantek. Ada 3 bilik tidur, ruang TV, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Setiap bilik tidur ada toilet. Sapa yang datang dengan rombongan yang ramai atau nak bawak family memang sesuai stay kat homestay Aldi ni. Katil besar. Tapi aku jatuh cinta dengan meja makan tu. Cantik. Lokasi homestay Aldi berada di kawasan kampung. Lupa nak tanya nama kampung tu. Tapi suasana sejuk dan nyaman. Saiful cakap ni salah satu homestay Aldi yang baru. Ada lagi beberapa biji di tempat lain. Baguslah Aldi ni jenis tak menunjuk-nunjuk yang dia tu berada. Sederhana saja orang nya.
|
Menu breakfast di hari terakhir di Bukit Tinggi |
|
Homestay Aldi: Ruang Makan |
|
Homestay Aldi: Toilet |
|
Homestay Aldi: Bilik Tidur |
|
Homestay Aldi: Dapur |
|
Homestay Aldi:Ruang Tamu |
Seterusnya kami ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang, Suatera Barat. Di situlah akan diceritakan adat dan budaya minangkabau. Nak pakai baju adat minangkabau bole juga. Pilihan baju kat sini lebih cantik. Sebelum sampai ke sana, kami minta Saiful bawakan kami ke kedai kuih Biko Talago. Orang panggil kuih neraka. Nak tau jugak rupa macam mana kan kuih neraka tu.Disebabkan hari tu adalah hari isnin, ada pasar di tepi jalan tersebut. Maka kami tersangkut dalam jem hampir 3 jam. Memang bosan. Kebetulan kedai kuih Biko Talago tu dah tak jauh, kami buat keputusana turun dari kereta dan berjalan kaki ke sana.
|
Muka hepi ja masing2. Tourist sangat kan |
|
Gigih jalan kaki demi Biko Talago |
|
Lagi sikit ja lagi dah nak sampai |
|
Ini lah kedainya. Cantik sungguh pemandangan di belakang tu |
|
Penyambut tetamu segera |
|
Orang yang jual ni hensem. Patut kuih sedap |
|
Jalan jem lagi, posing dulu |
|
Puas bergambar baru nak beli kuih. Ada 2 perisa. Original dan pisang. Kami cuba dua-dua |
|
Ini lah rupa kuih Biko Talago, macam kuih dangai, tapi kuih bika ni tekstur nya agak lembap berbanding kuih dangai |
|
Cara Biko Talago di buat, patut dipanggil juga kuih neraka, tengok la api di atas dan bawah |
Elok ja habis makan, Saiful pun sampai. Memang kena timing tu. Kami sambung perjalanan merempuh jem lagi. Dan sampai la ke pasar yang membuatkan jem. Memang pasar ni penuh dijual hasil pertanian mereka. Ramai sungguh orang. Keliru yang mana satu peniaga yang mana satu pembeli. Sayur-sayur mereka nampak menyelerakan, sebab aku memang penggemar sayur. Pasar ni di buka seminggu sekali sahaja setiap hari Isnin, dari pagi hingga jam 4.00 petang. Patut lah mereka bersungguh-sungguh. Menurut cerita Saiful, pihak pemerintah telah menyediakan tapak pasar yang baru dan lebih selesa untuk peniaga dan pembeli. Tapi lokasi tempat tersebut agak ke dalam sikit. Bila aku tengok lokasi tu, tak da dalam sangat. Masuk sikit ja pon. Pihak peniaga berkeras tak nak pindah ke sana. Mereka lebih selesa berniaga di situ. Itu lah kuasa rakyat Indonesia. Mereka bersatu bila bersuara.
|
Mana satu peniaga mana satu pembeli |
|
tak pasti apa yang ditunggu |
|
Segar dari ladang |
|
Masih macet |
Setelah lebih hampir 4 jam perjalanan, kami sampai ke tempat yang dituju. Kami disambut dengan senyuman manis pekerja di situ. Sedikit penerangan mengenai adat dan budaya orang Minang. Seronok pulak dengar. Layan sungguh. Kalau ada cikgu sejarah macam ni confirm aku dapat A. hihi.
Menurut cerita kakak tu, Adat Minang terbahagi kepada 2, adat perpatih dan Adat Temenggong. Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah
mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan
.
Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah
fahamkan. Sebenarnya, pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini
ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun
temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini
diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan
dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat
Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau
menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah
ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.
Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus
berusaha untuk hidup (
survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid
(tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Selain itu, adat minang memang memandang jauh ke hadapan. Cerita rangkiang sahaja mempunyai maksud yang tersendiri. Rangkiang adalah lumbung padi atau tempat penyimpanan padi milik suatu kaum khas suku Minangkabau, yang selalu ditemui di halaman rumah gadang.Rangkiang berasal dari kata Ruang hinyang, yang kemudian berubah bunyi menjadi Rangkiang. Padi di dalam Rangkiang bernaung dibawah pengawasan Mamak atau Tungganai dalam suatu kaum, sedangkan kekuasaan penuhnya dipegang oleh Bundo Kanduang. Rangkiang memiliki pintu kecil yang terletak di bagian atas dari salah satu dinding singkok. Untuk naik ke rangkiang digunakan tangga yang terbuat dari bambu.Tangga ini dapat dipindahkan, bila tidak digunakan maka tangga ini akan disimpan di bawah kolong Rangkiang. Selain itu, Rangkiang juga memiliki beberapa jenis dengan fungsi dan bentuk yang berbeda, diantaranya:
Sitinjau Lauik
Rangkiang ini digunakan untuk menyimpan padi yang akan digunakan untuk
keperluan-keperluan rumah tangga. Bentuk Rangkiang yang juga disebut
dengan Kapuak Adat Jo Pusako ini lebih langsing dibandingkan
dengan Rangkiang yang lain, berdiri di atas empat tiang dan terletak di
tengah di antara rangkiang yang lain.
Sibayau-Bayau
Disebut juga
Kapuak Salang Tenggang, padi yang disimpan dalam Rangkiang ini digunakan untuk kebutuhan makan sehari-hari anggota keluarga Rumah Gadang
.
Rangkiang yang letaknya di ujung kanan ini berdiri di atas enam tiang,
dengan bentuknya yang lebih besar dari Rangkiang yang lain.
Selain itu, Rangkiang ini juga digunakan untuk keperluan-keperluan upacara adat
, misal upacara pengangkatan penghulu, upacara pernikahan, aqiqah, sunat rasul dan lain sebagainya yang diselenggarakan dalam Rumah Gadang.
Sitangguang Lapa atau Sitangka Lapa
Rangkiang ini digunakan untuk menyimpan padi cadangan yang akan digunakan di musim paceklik. Bentuknya sama dengan Rangkiang Sitinjau Lauik hanya saja Rangkiang ini diletakkan di ujung kiri. Rangkiang ini juga disebut dengan Kapuak Gantuang Tungku.
Kaciak
Rangkiang ini digunakan untuk menyimpan
Padi Abuan yang akan dijadikan benih atau bibit yang akan disawahkan
[4].
Pada umumnya, bentuk dari Rangkiang ini sama halnya dengan bentuk dari
Rangkiang Sitinjau Lauik, hanya saja bentuk atapnya yang terkadang tidak
gonjong.
Setelah selesai mendengar cerita dan penerangan dari kakak tadi, kami melawat ke sekitar rumah adat tersebut dan turun ke bawah untuk mencuba pakaian adat Minang. Masa ni lah terasa macam pengantin. Harga untuk mencuba pakaian adat ni Rp 35k dan Rp 4k seorang untuk tiket. Kira memang berbaloi. Posing sakan la kami. Fefeeling pengantin. Kebetulan masa kami semua menggayakan pakaian Minang tu, ada rombongan dari Melaka. Terus terasa macam glemer, sebab ramai pulak yang nak bergambar dengan kami semua. Jangan jual gambar2 kami tu dah la..hihi
Bila dah penat bergambar, kepala pon dah rasa berat bila pakai besi yang atas kepala tu. Bole tahan berat jugak. Kami pun bersiap-siap nak ke tempat seterusnya. Malang tidak berbau. Waktu kami semua sedang sibuk bergambar, rupanya ada pencuri masuk curi habis duit tiket dan duit kakak (pekerja di rumah adat). Kesian kakak tu. Semoga Allah tambahkan rezeki untuk dia. Dan buat pencuri tu, semoga Allah beri dia pengajaran.
|
Sedia untuk dengar cerita |
|
Rileks je kakak ni bercerita, tapi memang layann |
|
Dia kata, "ok dah habis dik, tak nak melawat ke?' Eh-eh dah habis rupanya, khusyuk dan seronok kami dengar cerita kakak |
|
Setiap Ukiran ada nama dan mempunyai makna |
|
Size bilik yang kecil supaya memberitahu suami supaya bekerja keras untuk kehidupan yg lebih selesa buat keluarga |
|
Memang rasa macam pengantin yang sedang di make-up kan |
|
K.A.M.I |
|
berat hoi |
Puas melaram baju Minang, kami singgah di kedai sate Mak Syukur. Dekat ja dengan tempat tadi. Saja nak rasa satay minang. Memang sangat berbeza. Dari segi daging, kecil dan diselit sedikit lemak dan dari segi kuah rasa macam air kunyit yang diletakkan tepung jagung. Kami order satu set saja. Ada 7 cucuk dan 2 ketul nasi himpit. Harga untuk satu set Rp 22k.Mujur lah order satu set saja. Tak kena dengan tekak kami. Tapi kedai ni ramai orang yang datang. Maybe bagi orang tempatan ni adalah paling sedap. Air semua order Es Jeruk. Bagi yang nak mencuba boeh la datang ke sini. Kedai ni bagus juga sebab sediakn surau dan toilet yang agak selesa. Jadi kami solat zohor dan jamak asar di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Air Manis.
|
Satay Minang |
Destinasi terakhir kami adalah Pantai Air Manis yang terkenal dengan Lagenda Malin Kundang. Di situlah terdapatnya Malin yang disumpah menjadi batu akibat derhaka kepada ibunya. Kisah Malin ini dulunya dia seorang yang miskin, kemudian berkahwin dengan anak nakhoda kapal. Lalu dia menjadi kaya dan sombong. Dia lupa kepada ibunya malah berpura-pura tidak mengenali ibunya. Si ibu yang terlalu sedih dengan sikap Malin, berdoa kepada Tuhan supaya tunjuk kan balasan kepada anak dia. Lalu Malin serta seluruh kapal nya menjadi batu. Aku tak pasti sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Dan adakah batu yang berbentuk manusia tu adalah terjadi dek kerana sumpahan ataupun hanya dibuat oleh penduduk tempatan pada zaman dahulu untuk dijadikan pengajaran. Sama ada mitos, lagenda atau pun sebaliknya. Tapi kuasa Allah siapa yang menduga kan. Kun fa ya kun. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu terjadi, maka jadi lah. Tiada siapa di muka bumi ini dapat menghalang.
Bila dah sampai ke Pantai Air Manis, bayaran masuk Rp 7k seorang.Waktu kami sampai sudah hampir senja. Menikmati sunset memang cantik di situ, tapi sayang pemandangan di cacatkan dengan sisa-sisa sampah yang berselerak.Sayang nya tempat tersebut tidak dipelihara dengan baik. Batu yang menyerupai manusia itu semakin terhakis dan semakin tidak kelihatan. Aku rasa kalau 10 tahun akan datang, mungkin kesan malin kundang ini hanya tinggal cebisan batu sahaja.
|
Sayang, kebersihan pantai ini tidak dijaga |
|
Malin Kundang terkubur menjadi batu akibat derhaka kepada ibunya |
|
Barang-barang kapal turut menjadi batu |
Maka, selesailah perjalanan kami selama 5 hari di Padang dan Bukit Tinggi. Kami terus bergerak ke hotel yang ketiga iaitu Ibis Hotel. Singgah tapau makanan dulu. Esok kami akan berangkat pulang ke Tanah Air tercinta, Malaysia. Flight awal, kena bangun awal lagi la.
...bersambung...
|
Singgah tapau makanan di Ayam Krek-Kreek. Memang 'krik-krik' |
|
check in dulu |
|
Betulkan ini barang-barang kami? |
|
Comel jer deco syiling dia |
|
Bilik kami |
|
Toilet |
|
Nampak biasa, tapi terlebih sedap. Nak lagi please. Tak cukup satu |
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSalam dari BUKITTINGGI PADANG..
Salam juga dari saya.ARMAN.
Saya nak izin pada tuan yang punya blog ini.Untuk bagi saya untuk promotion..
terimakasih lebih awal...
Bila ada Tuan dan Paun yang nak buat rancangan untuk melawat ke BUKITTINGGI PADANG.Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan.Jangan risau.Saya boleh bantu uruskan lawatannya.Untuk dapat kan info detail nya.Sila contact saya ditalian.
Call/sms/whatsapp..+6285374176166
E_mail.armanpribadi123@gmail.com
terimakasih
Wassalam.......
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam
PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.