Tuesday, 3 March 2015

Menapak ke Bukit Sapu Tangan

Bukit Sapu Tangan ni letaknya di Bukit Cerakah, Shah Alam. Walaupun hampir 10 tahun aku bertapak di Shah Alam, dan dah berkali kali aku p Bukit Cerakah, tapi ni lah 1st time aku tau wujudnya Bukit Sapu Tangan. 

Ketinggian Bukit Sapu Tangan ni lebih kurang 200 m dari aras laut. tak da la tinggi sangat kan. Bole la setakat nak kejutkan lemak2 yg tengah tidur dgn nyenyak nya dlm badan kan.

Aktiviti kali ni disertai seramai 6 org. Plan asal berkumpul di Restoran Ceria jam 7.00 pagi sbb nak breakfast dulu. Tapi at last aku yg lambat. hihi bukan apa sbb umah dekat. so kita rileks sudah. Kami breakfast sekeping roti canai saja. Miey bawak lasagna n cheese kek. haaa tudia sakan. nak menapak makan cheese kek. mmg x la kan. kami buat keputusan makan lepas selesai menapak. bukan apa... kan lemak dh hilang so kita tambah la balik kan. Jam 8.00 pagi bergerak dari restoran Ceria ke Bukit Cerakah. Masa kami sampai tu ramai geng2 kadet skolah berkawad. ada aktitivti la kot. Parking full jugak. Tapi rezeki kami dapat jugak parking dekat2 dgn gate. So xde lah nak berjalan jauh kan. 

Bila dah sampai Bukt Cerakah, org dh beratur depan gate yg belum buka. (pukul 830 pagi baru buka). Tiket masuk RM 3.00 utk dewasa. Kat sini ramai yg dtg nak kayuh basikal. Aku xmau citer pasal bukit cerakah ni sngt. sbb kat sini bnyk aktiviti yg bole dibuat. Mcm biasa bila dah masuk, dapatkan map. Bukan apa kot2 sesat. Dengan berpandukan map dan papan tanda mak kami pon mula 'menapak' sambil ber 'wefie'. Sebenarnya setiap aktiviti gambar tu lagi penting.

Trek Bukit Sapu Tangan adalah trek yang paling rileks kerana ianya hanya berbukit dan agak curam tapi laluannya semua berturap. Sebab tu aku tak panggil 'hiking' memang berjalan sambil menikmatai alam. Cuma bila dah sampai kt satu kawasan yang bukit nya curam tu agak penat sikit la. Masa tu lemak semua dah bangun dari tido. urat2 kaki semua dah menari2 tegang.  

Check point yang pertama: muka excited
Check Point kedua: lemak masih tidur lagi, peluh belum cair
  
inilah trek yang harus dilalui. memang menapak sambil melengang mak limah
Rupanya ramai jgak org yg datang joging ke sini. Group kami je lah yang memang melenggang mak limah. Org lain yang joging dah siap patah balik.. kami masih belum sampai ke puncak. Mana x nya asyik berselfie sajo. 

Setelah hampir sejam menapak, akhirnya kami sampai ke Menara Tinjau. Di sini lah bole menikmati keindahan Shah Alam. Sayangnya waktu kami sampai ni, cuaca agak berjerebu. So tak nampak la bandar Shah Alam. Katanya kalau cuaca elok bole nampak masjid negeri yang tersergam indah itu. Takda rezeki kami la nmpknya.  

Bila dah kat atas menara tu, apa lagi masing2 kepenatan sampai buka kasut. Atas menara tu tak da la besar sngt ruang dia. Kami lepak santai2 atas tu hampir 45 minit jugak la. sempat la peluh tu terlebih kering. Memang santai dan mengasyikkan sebabnya angin bertiup sepoi2 bahasa terasa nyaman sekali. Dalam hati rugi tak bawak bantal.

yes! we made it!!!
Inilah menara tinjauan. Di atas sana bole nampak pemandangan bandar Shah Alam


Pemandangan dari menara tinjau

Sayang sekali cuaca tak mengizinkan kami melihat pemandangan bandar Shah Alam

Masing2 dah buka kasut. Bau asham hoii

Wefie di atas menara tinjau
45 minit berlalu di atas sana, kami pon turun untuk pulang. Di Bukit Cerakah ni bole fish feeding tau. Tapi kena pergi Empangan (lupa nama empangan tu). Bukan Empangan Air Kuning. Tapi Empangan lagi satu. Dari Bukit Sapu Tangan kami menapak lagi menuju ke Empangan yang aku lupa nama tu. Plan asalnya ergi ke Empangan tu jalan kaki then bila nak balik naik bas. Dalam Bukit Cerakah ni di sedaikan perkhidmatan Bas percuma utk kita melawat kawasan2 di dalam nya. Tp tak semua kawasan dia pergi. Ada route dia. Untuk maklumat lanjut bole tanya kat kaunter perkhidmatan masa masuk tadi.  Jalan punya jalan, kami tak nampak sebiji bas pon. Kami berjalan sampai ke Rumah Malaysia. Rumah Malaysia ni mcm yg kat Melaka tu. Ada semua jenis rumah setiap negeri di Malaysia.  Bila dah sampai situ tengok signage ke Empangan tersebut lagi 1.8km. Mak aiii!!! jauh lagi tu.  Makanya kami pon bertanya pada mak cik cleaner kat situ. Ada bas tak yg lalu sini nanti. Mak cik bgtau bas dah pergi ke Empangan tu. Laluan bas hanya sampai Rumah 4 Musim sahaja.  Bila ditanya kenapa bas dah tak lalu situ alasan nya kerana tak ramai yang nak ke sana. So nk save cost and time diorang dah buat laluan ke sana. huhuhuhu harapan hampa sedih dan keciwa. baru ja berangan nak menyanyi2 sambil bg ikan makan. fefeeling mcm dlm movie.  Kami pon dah kepenatan. So rileks kejap lah sebelum berpatah balik menapak ke Rumah 4 Musim utk menunggu bas. Nak berjalan sampai gate depan memang tak la kan sebab time tu jam dah pukul 12 tengah hari.

Maka selesailah aktiviti utk hari itu. Opps lupa pulak pasal cheese kek yg Izy (wife Miey) buat tu. Bila dah penat menapak, perut pun menyanyi-nyanyi minta di isi. Kami lunch di Pak Mall Nasi Ayam. sbb otak dah penat n malas nk pikir menu apa nak mkn. so pegi kedai nasi ayam senang. Pekena nasi ayam sepinggan dengan cheese cake memang gembira perut hari tu.

Curam weh tangga dia. Nak turun gayat rasa

Seterusnya menuju ke Empangan

Berfikir di pertengahan jalan menuju empangan





  


No comments:

Post a Comment